Monday, December 29, 2008

Tajuk 5

ish...
diana danielle kena plkn...but dilepaskan ngan alasan ader kontrak??? BAPAK KO! tak adil sgt aku rasa...aku masih ingt..masa 1st batch dulu,ader seoarng ibu muda,kena ghi PLKN ghak...sedangkan masa tuh dier dlm pantang klu tak silap,so dibenarkan postpone...HA!bapak ko nak suh bini org ghi..bistuh..saper nak layan suami dier..?anak dier siapa nak jaga?nak marah dia kahwin awal..?bistuh tak kahwin,terkeluar anak luar nikah..?siyes aku tak puas hati ngan sistem PLKN...yang aku rasa tak adil...klu tak silap ader penyanyi irama malaysia pun kena 1st batch,lupa nama penyanyi nie,dier dah kahwin dah pun...org johor...aku dgr criter budak yg sama kem ngan dier.."dier ngade2,byk aktiviti tak join..n penah kantoi video lucah..."kesahihan dier aku tak tau...klu tak betull..aku panjangkan dosa org yg buat fitnah nie..

yang keduanya....wartawan cak,dari harian metro...aku rasa dier nie bodoh2 kambing kot..?

CAK: Budak baca doa majlis nikah Mawi

Rap
CAK tak mahu bercakap daripada segi hukum kerana CAK bukan insan yang arif sangat dalam bab hukum hakam agama ini. Cuma CAK hendak sentuh sikit mengenai budak kecil yang dijemput membaca doa pada majlis pernikahan Mawi yang berlangsung di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, 20, Disember lalu.

Kenapa mesti budak kecil itu yang baca doa pada majlis pernikahan seperti itu. Yang CAK tahu, nikah kahwin adalah perkara paling penting dalam hidup setiap manusia yang bakal melalui kehidupan baru.

Jadi seboleh-bolehnya segala upacara berkaitan perkahwinan bermula daripada merisik, menghantar tanda, bertunang dan menikah molek benar diuruskan ibu bapa dan mereka yang lebih arif mengenainya. Mereka lebih tahu apa yang baik dan tidak baik untuk kita yang masih muda ini.

Oleh itu CAK rasa janggal sangat apabila budak kecil diminta memulakan majlis pernikahan pengantin popular itu. Memanglah nampak ‘cute’ budak kecil baca doa, apatah lagi doa panjang yang biasanya dihafal tok imam dan mereka yang lebih dewasa. Namun tengoklah pula majlis apa. Kalau majlis hari jadi atau pelancaran drama, CAK rasa sesuai.

Ini apabila ia membabitkan majlis penting seperti pernikahan, CAK rasa tak sesuai langsung. Kalau tak salah CAK, budak kecil itu antara ikon Astro Oasis. CAK faham mungkin Oasis yang menyiarkan acara pernikahan itu secara langsung di salurannya ingin mempromosi produknya.

pelik giler aku ader org mcm nie..?apapun tanya la bijak pandai dulu...n editor harian metro?tido?bijak pandai yg jawab soalan kat "soal jawab agama" tak boleh nak ditanya dulu keR?

tak ubah mcam keldai gelakkan kuda ...huh? peribahasa baru ker?

Saturday, December 6, 2008

Tajuk 4

huhu...
1st time aku post blog time ptg,bosan kot tunggu anak daniel tak sampai2 lagi...aku nak share satu benda,korang tahu tak secara psikologi...mood dan perwatakan anda dlm sehari tuh berganung kepada beberapa sebab seperti tekanan,cuaca..dan lain2.
salah satu cara nak tahu mood anda pada suatu hari adalah melalui jenis kentut. walaubagaimanapun erkara ini masih lagi dlm kajian para pengkaji n psikatari.

kentut pertama anda selepas anda bangun tdo,melambangkan mood anda selepas anda berjaga dari tdo.

jika kentut anda secara bunyi dan berbau - anda akan berkata jujur pada hari itu tanpa berselindung, walaupun org mengatakan anda bersalah tapi anda mampu menafikan anda betul kerana hujah2 anda adalah padat dan berjaya.mood anda biasanya ceria.

jika anda kentut secara bunyi dan tidak berbau - mood ini sama seperti tin kosong,anda hanya bercakap tanpa sebarang isi ,tidak kisah apa saja topik,anda mampu berdebat tetapi dgn isi2 yg boleh diragui.anda berada dlm mood yg membosankan.

jika anda kentut secara bau dan tidak berbunyi - banyak benda yg bakal berlaku akan dirahsiakan kepada org lain,anda tidak ceria,muram.anda bersifat pendiam.anda biasanya berada dlm keadaan marah...byk yg anda pendamkan dan tidak tahu kemana ingin diarahkan.awas,apabila anda berada dlm komuniti yg besar,anda akan menjadi tali barut,pergaduhan..ini kerana bau kentut anda adalah teka teki dlm satu komuniti,tetapi apabila anda dlm komuniti yg kecil seperti bedua...segala rahsia anda akan diketahui pasangan anda.

jika kentut anda tidak berbunyi dan tidak berbau - anda dlm keadaan bahaya...kerana anda sendiri tidak pasti adalah anda kentut atau tidak. anda sentiasa dlm keadaan berhati2.bagi pendapat peribadi saya...anda tidak kentut cuma perasaan anda.

adakalanya kita dapat mengawal kentut kita dgn cara pernafasan...ini adalah cara yg dilakukan untuk mengubah mood kita...seperti apabila kita sedang berdating,mengikut mood kita pada hari itu,kita ceria...suka berbual,berkongsi suka dan duka dengan perlbagai org...tetapi apabila kita dating,kita malu untuk kentut secara bunyi dan bau...jadi kita akan tahan kentut kita,adakalanya berhasil apabila segala gas disedut balik kedalam untuk menghasilkan proses yg deberinama pemadatan padat.mungkin usaha kita gagal...kita akan menghasilkan sedikit bau yg kurang menyenangkan...ini adalah sifat romantik yg ingin ditunjukkan oleh kita kepada pasangan...hanya beristeraksi berdua tanpa diketahui oleh org lain,walaupun anda cuba rahsiakan masalah anda...tetapi pasangan anda tetap memahami anda...

artikel diatas masih tidak lengkap,sebarang pertayaan atau penambahbaikkan...sila berikan komen bernas anda

Monday, December 1, 2008

Tajuk 3

hola...
kejap lagi..aku akan balik ke kg halaman ipoh...bercuti,lama ghak...sekarang baru 2hb...maybe dtg sini balik dlm 20hb,tapi tgk pada keadaan la.
aku baru lepas tgk melodi kat www.tv3.com.my apa yg buat aku nak creat blog pagi buta nie,sbb aku tertarik nak tahu...siapa sebenarnya maya darina,kelakar plak jadinya..walauapapun tetap akan suprise!!!

huhu...palapes pun dah sebuk berkawad pagi2 buta,aku plak mmg dah ngantuk sesangt...
takpe...sampai ipoh aku tdo la...agak2 mak masak per tuk aku?next tajuk...aku bgtau apa mak masak,tapi aku tak harap sgt,sbb mak pun bz...love u mum...

n aku takut terlupa 10hb nie,besday k,ngah...besday aku rituh,dier blanja TGI...klu aku nak blanja dier TGV lepas kot...hahaha

Friday, November 28, 2008

Tajuk 2

bedebah...

persialan tul...
harini jumaat (28/11/2008) waktu- petang, pagi2 aku dah dengar staff kolej kediaman melalak maca org giler,yg aku tahu n jelas...kena settlekan perkara ni sebelum 3.00 ptg rini. apa yg aku nak share, staff2 nie aku rasa tak amanah,tak bertanggungjawab,tak bijak...aku ghi pejabat pukul 2.45PM,masa nie patutnya pejabat dah buka balik..lagipun jumaat,so lambat skit..tapi pejabat berkunci,aku intai n sekodeng ader seoarang staff laki duk main solitare..tak kisah la..dier takde kerja,bila aku cakap..aku nak settlekan benda yg kena settle...pakcik tuh jawab staff yg pomp yg handle benda nie tak masuk lagi,so kena tunggu....n macam pukimak...sampai kul 3 lebey aku tunggu takde ghak...dier ingt aku sampah?perkara yg nak settle tuh tak perlu la aku nak kasi tau...cuma aku nak share...macam nie cara bekerja ker..?
every month akan dapat duit gaji,even dier dtg or tak dtg kerja...n duit gaji disuap dalam mulut anak2?korang rasa kerja yg tak amanah nie halal ker?tak amanah ngan kerja sebb tak tepati masa...klu lambat...sepatutnya bgtau,dier leh call pakcik dlm ofis tuh..bgtau lambat...n bgtau kul berapa dier available...ini tak...tapi suh settle b4 3...n kul 3 dier takde...menyiarap tul aku ngan staff2 yg bodoh...cakap pandai..."saya berkuasa disini,so ikut cara saya"...baik encik amir sayang...saya akan ikut cara awak kerja...

benda yg aku tak puas hati rini...connection maxis kat kangar teruk...aku tak boleh nak call in n out...bodoh nyer...nasib sampai wang ulu ok..huh..

klu tgh marah,nak cerita pun emosi...ingt nak cerita kisah sedey 4 sahabat...maybe esok la..

c ya..aku nak buka portal...nak mencarut2 kat portal tuh

Saturday, November 22, 2008

tajuk 1

salam...

sbbkan aku dah lama tak wat blog,jadi aku lupa sampai title mana...
so aku buat la balik...ngan nafas baru..."Tajuk"

7.20 pagi-ahad (23/11/08)...
aku masih di wang ulu,walaupau sebahagian besar pelajar2 ipta tgh bercuti,bukan aku merajuk ngan family taknak balik umah...tapi aku ader kerja,fyp...exam dah habes!!!lega,nak tahu aku aku senyum betul or palsu selama exam nie,tunggu la result...sbb ader org kata,aku psiko ngan senyum2...mungkin luar senyum,tapi hati nangis siapa nampak?siapa dengar?

ha,terlanjur ngan criter pasal exam nie...nak share la,kereneh time2 exam...anak kerak,dalam bahasa lain toyol...kenapa perlu toyol nak jawab exam...klu tak tahu,tak payah la jawab...

tersebut la kisah...ketika aku ditahun 1,paper ICT...klu laki aku tak kisah sgt,tapi ini perempuan melayu bertudung...klu tak silap kos pembuatan,boleh plak dia selit bapak toyol(biasa toyol halus,ini dah beso surat kabo) celah2 kertas soalan,mungkin sbb tak mandi pagi tuh,so malang menimpa si gadis,apabila secara spontan pengawas melakukan spotcheck...maka kantoi,tempat duk dier selang satu row ngan aku..so aku nampak la bapak2 toyol jatuh ke lantai apabila pengawas mengipas2kan kertas soalan si gadis...dengan itu,kad matriks dan kertas jawapan n soalan si gadis diambil....sedangkan masa peperiksaan tinggal lebih dari satu jam lagi...tapi aku pelik...dier tabah...

n masa aku tahun 3...ader sorang budak pomp nie...kantoi ghak...parah ghak dier...sebelum nie dier dean list...so bila org dah tahu dier kantoi toyol...orang start panggil dekan toyol...n sekarang dier dah ilang tanpa kabar berita,dgr cerita ader konflik cinta dan keluarga...haha...mcm hisdustan..tapi cara dier hebat...aku respect...masa 1st paper,dier minta buku jawapan banyak2,n lepas tuh,dier seludup keluar...so bila kat rumah,dier tulis semua mentera2, n then bila next paper...dier buat tengin(bodoh/selamber) bawak buku jawapan masuk..tindakan yg dikenakan,aku tak berapa pasti...

klu trend budak laki...toyol2 akan disimpan didalam jamban,tapi ader ghak kawan aku yg ditangkap...n sekarang pak guard kerja lebih...ngan jaga jamban2...klu mak guard aku tak sure la ader ke tak....

n untuk pengetahuan kawan2 aku dari unimap...pelajar unimap pertama yg kantoi toyol n dihadap ke lembaga pengarah adalah...abg K,tapi abg K kata kat aku...takde apa2 pun...buat gertak jer...

n exam yg lepas,kawalan toyol makin ketat dilakukan...n satu rahsia toyol yg aku rasa agak berjaya...dilakukan oleh kawan aku yg penah hilang hanset...iaitu dengan menulis segala mentara di bahagian peha...tulis ngan pen...nanti nak padam ngan liquid ker?hahaha...

bagi aku...biar kantoi toyol...dari kantoi buat video lucah...alla byk mana sgt toyol nak membantu?nak tgk toyol pun dah takut2...lagipun mereka yg terdesak jer akan buat toyol..klu macam aku,standard tulis kat blakang calculator jer...tapi tak pernah plak dtg kan hasil,sbb kechik sgt...so aku suggest bawak calculator besar2 skit...

aku rasa patut ader sesetengah bidang yg perlu diberi kelonggoran...kira buat macam cara open book,tapi masa disingkatkan...so pada yg tak study,maybe tak sempat siap...sbb terkial2 nak cari jawapan...bagi yg study..sempat siap,sbb dierorng tahu kat mana jawapan tuh...lagipun takat engineer nie,nak ghak refer2 buku bila kerja...lain la klu doktor,takkan ngah rawat pesakit nak buka2 buku...

hmmm...dah ngantuk,tido dulu...sambunk nanti

soalan yg aku muskyil...
Ibu negara brazil apa?

Monday, October 20, 2008

Title 17



hahaha...dah 4 perlawanan berturut2 kalah...
maybe blum ader rezeki nak mng kot?

sedar tak sedar dah nak habis 7 sem dah...leh kata semua kelas dah habis,just tunggu exam,pastu sibuk ngan fyp plak...so takde cuti,masuk sem baru...dah last sem...lepas tuh kerja,n segalanya akan berubah,dari pelajar tadika ke murid sekolah rendah ke pelajar sekolah menengah ke penuntut kolej matrikulasi ke mahasiswa universiti dan seorang yang berkerjaya...
dah la tak tahu nak apa kerja kita lagi...

aku teringat teka teki masa kanak2...
1. binatang apa yang malas?
2. kenapa baju superman ketat?

Tuesday, October 14, 2008

Title 16


hahaha...
dah lama aku tak merepek...
maksudnya,aku dah start tdo awal...tapi,disebabkan cuti,aku saja berjaga semata2 nak on9..
hmm..kat dunia nie macam2 perkataan yg tersembul bila ngah marah kan...walaupun kita tak bermaksud...kadang kita guna bad word untuk bergurau...tapi bagi mereka yg tidak senang ngan bad word nie...akan merasa kita sedang bergurau?%&%^%#&%^...

sekarang,byk kelas2 aku dah habis..
aku njoy...save duit minyak!!!
kenapa aku tak naik bas..???
hahaha...gambar tuh la jawapan kepada persoalan..?
Bakal2 profesional...naik bas mcm sardin!!!

argh shit,masa aku ngah nak post buletin,rumate aku ulum...tunjukkan cecair kuning ditelapak tgn yg keluar dari hidung!damn...."ko rasa ni apa bear?"...tanpa menjawab...aku menjelig maggi hot cup perasa tomyam disebelah laptop aku yg masih blum aku rasa...
yuckk....tak sanggup aku...

Wednesday, October 8, 2008

Title 15

arghhh...
sejuknya pagi nie,aku baru lepas siapkan report corrosion,alhamdullillah...selesai dah,cuma nak print n submit,ingt nak submit awal,suh DR. amin chckkan,mana salah leh betulkan dulu...
macam terdesak giler aku sem nie..
aku malas nak tdo...klu tdo kompem terlajak sampai tgh hari,better aku ghi kelas...hari khamis 2 jam jer, 8-9 n 10-11..balik tuh nak makan kat kubur(warung suri corner),nama kubur sbb dekat ngan kubur...masakana situh mmg sedap kat perlis nie,n lauk aku biasanya gulai rebung,kerabu perut,sayur campur n lain2...tapi klu takat nak ghi kul 1,makan nasi kicap jerla..
apapun,aku bertekad nak ghi ghak kelas rini,sbbnyer..since aku balik..aku blum ghi kelas...baik aku duk kat umah jer...
owh yer...kesian kat budak2 unimap yg kena bencana ribut,tapi dierorang dapat extra duit raya la nampaknye...dulu masa barang2 aku kena buang...takde plak unimap nak kasi wang ihsan...so aku berazam,blaja sungguh2...bila dah kaya raya n berkuasa...aku buang balik barang2 unimap nie!!!

Tuesday, October 7, 2008

Title 14

hmm..
payah nak online sekarang,ngan server yg macam taik...
lagipun kerja bertimbun,tak lama lagi nak exam...even aku byk benda nak share, tapi byk lagi benda yg tak mengizikan...
so buat masa nie..aku slow skit ngan blog nie...
maybe bila ader something yg betul2 aku rasa nak share ngan public..aku akan postkan..
hahaha...
best giler bila online kul 4-5 pagi...laju,nak dw attachment pun senang...tapi aku pikir,lagi best klu 24 jam macam.
sedar tak sedarkan...teknologi buatkan kita terlampau bergantung,makin lama makin payah kita berdiakari,nak wat kerja pun kena cari bahan kat tenet,walhal dulu org ghi library...

Monday, September 29, 2008

Title 13

yea...yea...
esok raya!!!

tapikan makin kita dewasa...makin kurang raya beraya,yerla nak minta duit raya dah malu,nak main bunga api rasa dah tak sesuai,nak beli baju raya dah leh pikir yg duit tuh susah nak dapat,yg seoronok time raya bila dapat berhimpun adik beradik,n sedara mara...tapi klu dah macam aku nie,3 beradik...2 dah kahwin...so setiap kali beraya salah sorang adik beradik aku mesti miss beraya umah mertua masing2...aku nak layan budak2 datang rumah,payah la...sbb aku takde duit nak bg duit raya...setakat aku teman dierorang makan jerla...so klu ader sepuluh kali budak datang beraya...sepuluh kali ghak la aku makan..hahaha...n setiap kali raya kedua...aku mmg byk habiskan masa dier atas mangkuk jamban...masakan raya semua pedas2...

bila raya,bagi laki mesti sinonim ngan baju melayu,tapi aku nie pakai baju melayu...8 jam dalam setahun...4 jam raya pertama puasa...n 4 jam raya haji...huhu,aku mesti raya tak selesanya,tahun nie aku beli baju melayu johor,alla yg takde kolar tuh...lagipun satu jer butang...hope bertahan la lama skit...mak kata..tahun nie last dier belikan aku baju raya...dier kata tahun depan aku dah kerja,kena beli sendiri...klu aku sambunk blaja?mak kata klu blaja lagi..mak blanja lagi...mak kata mak blanja,tapi aku tahu...duit abah...nape kan?kita malu nak minta apa2 dari abah?

Wednesday, September 24, 2008

Title 12

Seks: Ahli PKR dakwa diperangkap

IPOH 23 Sept. – Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah baru-baru ini mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China.

Fairul Azrim Ismail, 30, bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah.

Fairul Azrim mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.

Ahli PKR itu membuat pengakuan tersebut dalam surat aduannya yang diserahkan kepada pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) di Kompleks Islam Perak di sini hari ini.

Fairul Azrim merupakan salah seorang yang ditahan BPR Ogos lalu berhubung skandal rasuah dan seks membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini.

Dalam surat aduannya, Fairul Azrim mendakwa, pada 14 Ogos lalu, semasa dalam perjalanan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia bersama rakannya Zul Hassan dan Ruslan Sahat telah singgah di Hentian Rehat dan Rawat Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Mohamad Imran yang membawa bersama tiga wanita yang dikatakan berasal dari China.

Katanya, Mohamad Imran kemudian membawa mereka pergi ke Batu Feringghi, Pulau Pinang dan menginap di Tingkat 4, Sri Sayang Apartment.

“Saya telah diberikan seorang wanita China oleh Mohammad Imran dan pada malam tersebut saya telah melakukan hubungan seks dengan wanita itu di dalam sebuah bilik di Sri Sayang Apartment.

“Semasa dalam soal siasat saya telah diberitahu oleh pegawai BPR, perlakuan seks kami bertiga telah dirakam oleh BPR,” katanya dalam surat aduan itu.

Rakannya, Zul Hassan yang merupakan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah turut membuat laporan kepada JAIP tetapi tidak mengedarkan salinan surat aduannya kepada wartawan.

Pada 25 Ogos lalu, Zul dan Ruslan yang merupakan Juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) didakwa terlibat dalam skandal rasuah yang membabitkan seks manakala Fairul tidak didakwa.

Kes itu turut melibatkan dua anggota Exco Kerajaan Negeri Perak dan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa meminta dan menerima rasuah wang.

Dalam surat aduan itu juga, Fairul yang dilepaskan oleh BPR dengan ikat jamin pada 21 Ogos lalu turut meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya.

“Saya membuat laporan ini kerana telah difitnah oleh Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar dan pegawai-pegawai agensi itu yang mengatakan saya meminta rasuah wang dan seks.

“Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China,” ujarnya.

Sementara itu, Zul yang ditemui sebaik mengadakan pertemuan dengan pegawai JAIP di sini enggan memperincikan kandungan surat aduannya kepada JAIP itu.

Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: “Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.''

Katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.

Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya.

Turut mengiringi mereka berdua ialah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang dan bekas ADUN Bota, Kapten (B) Usaili Alias.


pungkoq hang itu namanya sedekah...bodoh!!!itu zina...bukan sedekah...adoi,org macam nie pun wujud ker...?tapi betul ker statement Utusan malaysia nie...?yerla...semua org leh wat silap...tapi ini macam nyamakan silap ngan kebaikan!!!

Tuesday, September 23, 2008

Title 11

ADA lelaki sanggup menghampakan permintaan isteri dengan alasan tidak mahu berdepan masalah lemah dan lesu selepas menjalin hubungan intim.

Malah, ada lelaki seperti itu menganggap situasi berkenaan sebagai masalah apabila menyifatkan ia mengganggu rutin harian, terutama ketika mahu melakukan pekerjaan tertentu.


Hakikatnya, lelaki yang ada tanggapan sedemikian silap! Hubungan intim memberi pelbagai nikmat kepada pasangan berkahwin.

Untuk lelaki, ia mengghairahkan dan membuatkan perjalanan darah dalam badannya bergelora.

Ketika melakukan gerakkan intim, semua ototnya langsing dan aktif. Ketika bergerak aktif, perjalanan darah dalam badan lancar, pernafasannya meningkat, degupan jantungnya juga meningkat dan ketika di kemuncak, semua sistem dalam badannya bergelora sehingga berdepan keadaan yang sangat selesa.

Semua itu hasil tindak balas pengeluaran kimia beta-endorfin, oxitocin dan vasopressin. Kimia itu menyegarkan badan, memberi keriangan dan rangsangan.

Bagi lelaki yang kurang selesa kerana bimbang kesan hubungan intim menjadikannya lemah dan lesu, ia fikiran atau tanggapan yang tidak betul.

Memang ada segelintir lelaki percaya mereka akan letih selepas mengeluarkan air mani, seolah-olah pengeluaran air mani melemahkan badannya.

Sebenarnya, fenomena ejakulasi akan diikuti dengan letih dan lesu. Ia bukan masalah, tetapi perubahan biasa dan ada kaitan dengan pengeluaran kimia Beta-Endorfin.

Bukan sekadar lemah dan letih, tetapi kimia itu menyebabkan rasa mengantuk dan mahu terus tidur. Begitupun, biasanya kesan itu memberi rasa lega dan ceria pada keesokan hari.

Daripada perspektif Islam, hubungan intim adalah ibadat dan bayangkan ganjaran yang Tuhan beri kepada pasangan berkahwin, selain cahaya mata.

Ia cukup untuk dijadikan sebagai motivasi bagi pasangan berkahwin. Gunakan kebijaksanaan untuk mengubah sikap dan fikiran berkenaan.

Sepatutnya pada zaman muda ini, manfaatkan hubungan intim dengan bijak. Jangan pula apabila sudah berumur baru timbul perasaan kesal.


pesal ntah aku nak post article nie...macam tak sabo2 nak kahwin plak?
sabo2...byk benda aku tak habis wat lagi...
mak kata kena isi akal,pastu isi iman,pastu isi poket....baru boleh isi hati...anak mak akan sentiasa ikut nasihat...love u mak...

tujuan aku,sbb nie knowledge,aku rasa ramai silap...tapi yg aku sibuk2 apahal yer?bukannya aku dah kahwin n kerja?mana aku nak rasa lagi...hehehe!anda silap...sbb isi akal dulu before isi hati...

Title 10


DANIEL RIZQULLAH...aku rasa inilah budak paling cute!!!haha...sebenarnya,aku rindu sgt nak main ngan dia...even slalu gaduh ngan aku,tapi bila takde...rindu giler,so bila balik cuti nie...tak sabar aku nak jumpa dia!tapi bila plak aku nak bagi dia sepupu yer?hahaha...

tapi takut ghak bila jadi parent nie,nak bentukkan anak tuh...nak warnakan kain putih?tapi nak guna warna apa?mampu nak beli semua warna?nak wat warna baru...mesti kena campur2,tapi kalau salah pilih warna,lagi hodoh warna tuh...mungkin bila guna hanya satu warna...akan lebih cantik...

sebenarnya,aku frust ngan sikap makcik n pakcik aku,yg langsung tak amik tahu perkembangan akedemik anak?cuma bila anak nak motor dierorang boleh tunaikan...nak duit,even tak banyak dierorang leh kasi,tapi bila anak tuh dah berusia 16 tahun,nak eja ayam pun jadi chiken,lepas no. sixteen...boleh plak ader wujudnya no. eleventeen...hi!...dah 16 tahun,cicak dlm BI pun takde?belajar math n science dlm BI...tapi tambah,tolak,darab,bahagi dlm BI pun tak tahu...aku yg tak berapa nak cerdik nie pun..boleh terikut2...bila dah tahu diri tuh lembap...takde plak usaha nak perbaiki...

paling menyedihkan aku...setiap kali cuti sekolah,mesti ader trip..berjalan satu malaysia dah,bila aku suh lakar peta malaysia...cantik dier buat,bila aku suh labelkan negeri2...perlis pun boleh letak kat selatan,sabah sarawak boleh terbalik..?aku tanya geografi dapat berapa?dier kata D...so aku rasa,rezeki dier tembak tepat dapat D...kenapalah PMR objectif?klu ader subjective...hahaha...malas nak cakap...bulan2 pose nie...

actually aku ghairah nak post picture anak sedara kesayangan aku...sbb time subuh2 nie...laju!

owh..yer...hari khamis,25hb..aku balik ipoh dah...tak sabar jumpa nanel....

Title 9


hmm...aku mmg takde idea pasal statement ni?sbb aku tak pernah dengar n tahu plak?cuma aku rasa klu betul statement nie,aku rasa p.lah dah buat satu silap...mcm pemikiran seorang sekular...

teka teki baru "keretapi masuk lombong keluar apa....???"

Thursday, September 18, 2008

Title 8

sementara nak tunggu berbuka nie..sempat kot aku siapkan title 8 nie...
sekarang nie baru jam 7.12 ptg...kira tinggal spoloh minit lagi nak buka...rini aku beli byk lauk,kebetulan nak pecahkan duit...beli lebih skit,aku beli gulai nangka..aku suka makan nangka..so klu kentut2 tuh mmg lumrah la,dlm masa tuh..aku beli kerabu taugeh ngan ikan masak sambal..
lepas tuh semua plastik diletak dlm satu plastik yg lebih besar...kira satukan dlm satu plastik...yg plastik ikan tuh tak ikat..sbb nanti terputus plak bahagian ekor dier,so masa ngah masukkan kunci kat motor...plastik tuh terlepas!!!argh....gulai nangka pecah...aku dah serabut kepala nie...tak senang hati aku pkirkan gulai nangka...tapi alan(member aku yg kurus kering) cakap leh diselamatkan bila kat umah,pastu aku teruskan perjalanan mencari laksa...sampai kat satu tempat jual2 nie...aku nampak sorang makcik nie...m.cik nie biasa jual nasi lemak n roti canai...masa sem 5,aku selalu ghak melepak pepagi kat kedai tuh...makan telur separuh masak...kebetulan ada laksa kat makcik tuh...aku senyum2...dier tegur aku..lama tak nampak...aku lagi senyum...dalam hati "mesti m.cik nie sedekah...tak pun kasi murah"...bila aku nak bayar RM 2.50...terdiam aku...
bila sampai kat umah...aku pun nak salinkan lauk yg dlm plastik gulai yg pecah...bila aku lalukan air kat plastik ikan..termasuk sekali air tuh...kira makan makan sekali ngan air paip...menduga tul...
apapun..aku dah kenyang...

Title 7

family aku panggil aku "mei"...

aku ingt lagi,masa aku kechik...aku duk dikawasan perumahan teres,kawasan blakang rumah aku biasa nyer kambing2 selalu lalu...

satu hari.."mei...mei..."...k.ngah yg berada di hall ketika itu menyahut,azmil takde...tapi...sekali lagi.."mei..mei.." k.ngah geram,dia kebelakang untuk perhatikan siapa la budak yg pekak yg tak bahasa...bila sampai dibelakang,dier buka pintu...rupa-rupa kambing yg tengah mengembek.."mmbekk...mmbekkk.."...k.ngah tertipu dengan kambing...n dierlah yg sebenarnyer pekak dan tak tahu nak membezakan kambing ngan panggillan manusia...kui kui...

criter zaman budak kechik...byk tak habis,benda paling seronok masa jadi kecil bila main kahwin-kahwin,mungkin sbb aku cute...aku selalu dipilih jadi pengantin lelaki...tapi setiap kali habisnya majlis renjis2...aku seperti kena menceraikan isteri yg baru aku sanding...sbb aku kena main lagi...ntah berapa kali..aku merasa jadi pengantin...tapi kenapalah tak teruskan main kahwin2 tuh sampai aku jadi bapa???hahaha..klu teruskan...ntah berapa org anak aku yerk..?lepas jer main,budak2 yg iri hati aku jadi pengantin...akan menggosipkan aku dengan budak yg jadi pengantin pomp tuh...aku ingt lagi..nama dia "hanim"...sipu2 aku,rasa mcm ader gf..siap dah sanding lagi tuh...ntah kat mana hanim sekarang?klu la main kahwin tuh diteruskan tanpa perlu kahwin balik,mesti dier ghak yg akan jadi pasangan pertama aku dalam permainan kahwin2 tuh...hahaha

Title 6

masa balik kelas tadi...aku berhenti kat traffic light,then ader sebijik motor berusia berhenti disebelah...tapi aku jadi malu...jadi tekut nak pandang...sebb sebelum traffic light tuh,aku dah potong dier...n masa aku potong dier...hati kechil aku berkata "kesiannya...org susah,motor lama tapi bawak isteri n 2 org anak"...sampai traffic light dier berenti kat sebelah motor aku...n beberapa kali motor dier nak mati...n diramp2 kan motor tuh...setiap kali dier ramp,anak2 n isteri dier terhenjut n seperti nak tertonggeng kebelakang...aku tak sampai hati nak melihat ngan mata...cuma anak mata aku saja yg melihat...bila aku pandang motor aku yg sebelum nie aku kata buruk..hati kechil ku berkata.."ya allah,bersyukurnyer aku dengan limpah rezeki yg ko berikan"...walaupun belum ader family,parent aku dah hadiahkan sebuah motorsikal...kemudian aku pikir?bagaimana aku masa hadapan...even aku ader degree or master atau phd pun...terjamin ke hidup aku...

p/s- sejak duk wang ulu nie...internet slow,susah tuk aku upload gambar2...membuatkan blog nie suram...

Tuesday, September 16, 2008

Title 5

bulan ramadhan nie best...sbb byk soalan yg setiap kali ramadhan akan berulang...cuba korang jawab semua soalan nie...?

hari sebelum berpuasa.
1. ko dah niat puasa?
2. ko sahur kat mana nanti?
3. ghi terawih tak malam nie?
4. ko dah kunci jam nak bangun sahur?

pertengahan puasa
1. buka apa rini?
2. masak ke beli?
3. ghi terawih tak malam nie?
4. ko ade tinggal puasa tak?
5. ko puasa tak?
6. harinie dah berapa hari kita puasa?

dah nak habis puasa?
1. ko balik kg mana?
2. baju raya dah beli?
3. berapa lai baju raya?
4.tiket balik raya dah beli?ke balik sendiri?
5. tahun nie buat kueh apa?
6. mana nak dapat mercun?
7.
8.

n banyak lagi soalan yg saban tahun sama jer...

tapi aku takkan babgi soalan teka-teki yang berulang...

nie teka-teki aku...

"apa benda bila nak guna kita buang...bila taknak guna kita simpan?"


Monday, September 15, 2008

Title 4

JAKARTA 15 Sept. – Seramai 23 orang fakir miskin mati, manakala lapan yang lain berada dalam keadaan kritikal akibat sesak nafas kerana terhimpit semasa berasak-asak untuk mendapatkan wang zakat daripada seorang ahli peniagaan di Purworejo, Pasuruan, Jawa Timur, 800 kilometer ke timur Jakarta.

heh..kerana RM16, dierorang sanggup mati?bertuahnya aku dilahirkan dibumi Malaysia nie...padahal RM16 tuh byk mana jer...nie nak bagitau,apa yg aku guna tuk habiskan RM16.

1) Dunhill 14' RM6.50

2) Isi minyak motor RM 10.00

eh...mana cukup tuk aku makan?

fakir miskin berebut sampai mati tuk RM16...aku plak habiskan RM6.50 tuk mati?

yang benar,
aku yg mula insaf.

Title 3

Haus...biasalah tuh,barulah terasa berpuasa...klu nak dibanding ngan puasa tapi tido jer...
tapi kat sini aku nak story skit la...pasal pakcik makcik aku yg menjual dibulan ramadhan nie? tak rasa bersalah ker?kelmarin dah kena tangkap...rini buka balik...sempat insaf sehari jer...
makcik dan pakcik yg menjual kat kedai seberang jalan pusat pengajian kejuruteraan bahan taman muhibbah,tak malu ker?tapi kan klu nak marah pakcik dan makcik aku tuh jer tak elok la..

Kita: kenapa pakcik dan makcik berniaga di bulan puasa?
makcik dan pakcik: makcik tak jual pun kat depa,depa yang datang nak beli...makcik dan pakcik niat nak jual kat ah seng ngan linggam jer...

so betul ghak...makcik tuh tak cakap pun jual tuk islam...yerla,ini malaysia...berbilang bangsa dan pelbagai anutan dan kepercayaan...then kita nak salahkan siapa?pembeli?klu kita tanya pembeli?

Kita: kenapa membeli makananan time tgh2 hari nie encik?
pembeli: ko nampak aku makan?aku beli tuk anak bini aku yg tak puasa...

ntah lah...mcm2 alasan boleh dierorang buat...kita pun tak tahu apa dierorang terdesak sgt
tapi yg kita nie berpuasa...ngumpat org tak puasa plak...ish2

aku ingt nak upload gambar makcik dan pakcik aku tuh...serta pembeli2 yg setia dibulan ramadhan,cuma sekarang nie...aku berada didalam makmal komputer.mungkin next time aku uploadkan...atau klu ko dah kepingin sgt nak tgk video n gambar pakcik makcik aku tuh...skype la aku...

Sunday, September 14, 2008

Title 2

Owhh...baru aku tahu apa jadi,bila aku dah publish...
tapi byk benda yg aku tak tahu lagi...

"buah cempedak diluar pagar,
amik galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan."

Dah 14 hari berpuasa,tak sabar nak buka puasa kat rumah...
aku masih ingat masa aku darjah satu...
hari terakhir puasa sebelum raya,masa tuh aku dah mmg tak buat perkara yg boleh membatalkan puasa,tak sama ngan hari-hari sebelum tuh mmg aku tak puasa...tapi,
pada jam 6.30, aku ghi meja makan,nak tgk mak masak apa...maklumlah...hari pertama puasa,
aku buka tudung salji...jeng-jeng,tumis sayur campur (ada bunga kobis,lobak merah)...
aku tak lapar pun...lepas jer usah line clear...aku ketis bunga kobis,pastu aku ghi bilik air basuh mulut...aku diamkan jer...
masa berbuka abah cakap..."harinie hari pertama azmil berpuasa"
aku masa tuh senyum2...tapi sampai sekarang,aku rasa bersalah...sebb bila time raya...
orang tanya kat parent aku.."azmil puasa ke?"...jawapan parent aku "dapatlah sehari"

Title 1

damn...hari pertama aku dengan blog - 15 sept 2008,
1. kenapa aku nak ikut org buat blog?
2. apa tujuan aku buat blog?
3. apa faedah klu ader blog?
4. banyak lagi yg soalan yg bermain diminda aku...

so,aku nak mulakan blog nie ngan teka-teki...
"apa benda susah nak dapat,bila dah dapat kita buang?"

p/s-
kenapa aku takleh nak upload gambar?nak attach kat email pun tak boleh?