Thursday, January 1, 2009

Tajuk 6

selamat tahun baru...
tahun baru aku kali nie disambut ngan kelahiran gigi geraham bongsu,apapun...secara jujur aku rasa sambutan kali ini paling hambar pernah aku rasakan...sehinggakan terlepas detik 12 malam..
hurm...

al fatihah dan takziah kepada mangsa kemalangan, penuntut unimap serta kedua ibu bapa beliau.

Tiga sekeluarga terbunuh

Oleh Zatul Iffah Zolkiply
bhnews@bharian.com.my


KEADAAN kereta yang remuk selepas kereta merempuh sebuah treler di KM17 Jalan Damai Laut-Taiping dekat Seri Manjung, awal pagi semalam.

Kereta dipandu pelajar Kukum rempuh lori bawa gula

SERI Manjung: Tiga sekeluarga maut manakala seorang cedera parah selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah treler di Kilometer 17, Jalan Damai Laut-Taiping dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, kedua-dua penumpang belakang kereta Proton Wira berwarna merah iaitu Mohd Yusuf Samad, 52, dan isterinya, Rusni Ariff, 51, meninggal dunia di tempat kejadian.

Anak lelaki mereka yang juga pemandu kereta berkenaan, Mohd Izzuddin Khair Mohd Yusuf, 20, meninggal dunia dalam dalam perjalanan ke Hospital Seri Manjung (HSM), di sini.


Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintenden Shaharudin Abdullah, berkata ketika kejadian semua mangsa dalam perjalanan dari Shah Alam u ke Perlis.


Beliau berkata, ketika sampai di tempat kejadian di Damai Laut, dekat sini kereta yang dipandu Mohd Izzuddin bertembung dengan sebuah treler bermuatan gula yang datang dari arah bertentangan.

Katanya, selain itu, seorang lagi mangsa iaitu adik kepada Mohd Izzuddin yang duduk di bahagian hadapan sebelah pemandu, Muhammad Hafizul Khair Mohd Yusuf, 18, cedera parah dan masih lagi dirawat di HSM.

.....................................................................................................................................................................

owh yer...aku nak suggest filem ip man untuk korang tgk..

Monday, December 29, 2008

Tajuk 5

ish...
diana danielle kena plkn...but dilepaskan ngan alasan ader kontrak??? BAPAK KO! tak adil sgt aku rasa...aku masih ingt..masa 1st batch dulu,ader seoarng ibu muda,kena ghi PLKN ghak...sedangkan masa tuh dier dlm pantang klu tak silap,so dibenarkan postpone...HA!bapak ko nak suh bini org ghi..bistuh..saper nak layan suami dier..?anak dier siapa nak jaga?nak marah dia kahwin awal..?bistuh tak kahwin,terkeluar anak luar nikah..?siyes aku tak puas hati ngan sistem PLKN...yang aku rasa tak adil...klu tak silap ader penyanyi irama malaysia pun kena 1st batch,lupa nama penyanyi nie,dier dah kahwin dah pun...org johor...aku dgr criter budak yg sama kem ngan dier.."dier ngade2,byk aktiviti tak join..n penah kantoi video lucah..."kesahihan dier aku tak tau...klu tak betull..aku panjangkan dosa org yg buat fitnah nie..

yang keduanya....wartawan cak,dari harian metro...aku rasa dier nie bodoh2 kambing kot..?

CAK: Budak baca doa majlis nikah Mawi

Rap
CAK tak mahu bercakap daripada segi hukum kerana CAK bukan insan yang arif sangat dalam bab hukum hakam agama ini. Cuma CAK hendak sentuh sikit mengenai budak kecil yang dijemput membaca doa pada majlis pernikahan Mawi yang berlangsung di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, 20, Disember lalu.

Kenapa mesti budak kecil itu yang baca doa pada majlis pernikahan seperti itu. Yang CAK tahu, nikah kahwin adalah perkara paling penting dalam hidup setiap manusia yang bakal melalui kehidupan baru.

Jadi seboleh-bolehnya segala upacara berkaitan perkahwinan bermula daripada merisik, menghantar tanda, bertunang dan menikah molek benar diuruskan ibu bapa dan mereka yang lebih arif mengenainya. Mereka lebih tahu apa yang baik dan tidak baik untuk kita yang masih muda ini.

Oleh itu CAK rasa janggal sangat apabila budak kecil diminta memulakan majlis pernikahan pengantin popular itu. Memanglah nampak ‘cute’ budak kecil baca doa, apatah lagi doa panjang yang biasanya dihafal tok imam dan mereka yang lebih dewasa. Namun tengoklah pula majlis apa. Kalau majlis hari jadi atau pelancaran drama, CAK rasa sesuai.

Ini apabila ia membabitkan majlis penting seperti pernikahan, CAK rasa tak sesuai langsung. Kalau tak salah CAK, budak kecil itu antara ikon Astro Oasis. CAK faham mungkin Oasis yang menyiarkan acara pernikahan itu secara langsung di salurannya ingin mempromosi produknya.

pelik giler aku ader org mcm nie..?apapun tanya la bijak pandai dulu...n editor harian metro?tido?bijak pandai yg jawab soalan kat "soal jawab agama" tak boleh nak ditanya dulu keR?

tak ubah mcam keldai gelakkan kuda ...huh? peribahasa baru ker?

Saturday, December 6, 2008

Tajuk 4

huhu...
1st time aku post blog time ptg,bosan kot tunggu anak daniel tak sampai2 lagi...aku nak share satu benda,korang tahu tak secara psikologi...mood dan perwatakan anda dlm sehari tuh berganung kepada beberapa sebab seperti tekanan,cuaca..dan lain2.
salah satu cara nak tahu mood anda pada suatu hari adalah melalui jenis kentut. walaubagaimanapun erkara ini masih lagi dlm kajian para pengkaji n psikatari.

kentut pertama anda selepas anda bangun tdo,melambangkan mood anda selepas anda berjaga dari tdo.

jika kentut anda secara bunyi dan berbau - anda akan berkata jujur pada hari itu tanpa berselindung, walaupun org mengatakan anda bersalah tapi anda mampu menafikan anda betul kerana hujah2 anda adalah padat dan berjaya.mood anda biasanya ceria.

jika anda kentut secara bunyi dan tidak berbau - mood ini sama seperti tin kosong,anda hanya bercakap tanpa sebarang isi ,tidak kisah apa saja topik,anda mampu berdebat tetapi dgn isi2 yg boleh diragui.anda berada dlm mood yg membosankan.

jika anda kentut secara bau dan tidak berbunyi - banyak benda yg bakal berlaku akan dirahsiakan kepada org lain,anda tidak ceria,muram.anda bersifat pendiam.anda biasanya berada dlm keadaan marah...byk yg anda pendamkan dan tidak tahu kemana ingin diarahkan.awas,apabila anda berada dlm komuniti yg besar,anda akan menjadi tali barut,pergaduhan..ini kerana bau kentut anda adalah teka teki dlm satu komuniti,tetapi apabila anda dlm komuniti yg kecil seperti bedua...segala rahsia anda akan diketahui pasangan anda.

jika kentut anda tidak berbunyi dan tidak berbau - anda dlm keadaan bahaya...kerana anda sendiri tidak pasti adalah anda kentut atau tidak. anda sentiasa dlm keadaan berhati2.bagi pendapat peribadi saya...anda tidak kentut cuma perasaan anda.

adakalanya kita dapat mengawal kentut kita dgn cara pernafasan...ini adalah cara yg dilakukan untuk mengubah mood kita...seperti apabila kita sedang berdating,mengikut mood kita pada hari itu,kita ceria...suka berbual,berkongsi suka dan duka dengan perlbagai org...tetapi apabila kita dating,kita malu untuk kentut secara bunyi dan bau...jadi kita akan tahan kentut kita,adakalanya berhasil apabila segala gas disedut balik kedalam untuk menghasilkan proses yg deberinama pemadatan padat.mungkin usaha kita gagal...kita akan menghasilkan sedikit bau yg kurang menyenangkan...ini adalah sifat romantik yg ingin ditunjukkan oleh kita kepada pasangan...hanya beristeraksi berdua tanpa diketahui oleh org lain,walaupun anda cuba rahsiakan masalah anda...tetapi pasangan anda tetap memahami anda...

artikel diatas masih tidak lengkap,sebarang pertayaan atau penambahbaikkan...sila berikan komen bernas anda

Monday, December 1, 2008

Tajuk 3

hola...
kejap lagi..aku akan balik ke kg halaman ipoh...bercuti,lama ghak...sekarang baru 2hb...maybe dtg sini balik dlm 20hb,tapi tgk pada keadaan la.
aku baru lepas tgk melodi kat www.tv3.com.my apa yg buat aku nak creat blog pagi buta nie,sbb aku tertarik nak tahu...siapa sebenarnya maya darina,kelakar plak jadinya..walauapapun tetap akan suprise!!!

huhu...palapes pun dah sebuk berkawad pagi2 buta,aku plak mmg dah ngantuk sesangt...
takpe...sampai ipoh aku tdo la...agak2 mak masak per tuk aku?next tajuk...aku bgtau apa mak masak,tapi aku tak harap sgt,sbb mak pun bz...love u mum...

n aku takut terlupa 10hb nie,besday k,ngah...besday aku rituh,dier blanja TGI...klu aku nak blanja dier TGV lepas kot...hahaha

Friday, November 28, 2008

Tajuk 2

bedebah...

persialan tul...
harini jumaat (28/11/2008) waktu- petang, pagi2 aku dah dengar staff kolej kediaman melalak maca org giler,yg aku tahu n jelas...kena settlekan perkara ni sebelum 3.00 ptg rini. apa yg aku nak share, staff2 nie aku rasa tak amanah,tak bertanggungjawab,tak bijak...aku ghi pejabat pukul 2.45PM,masa nie patutnya pejabat dah buka balik..lagipun jumaat,so lambat skit..tapi pejabat berkunci,aku intai n sekodeng ader seoarang staff laki duk main solitare..tak kisah la..dier takde kerja,bila aku cakap..aku nak settlekan benda yg kena settle...pakcik tuh jawab staff yg pomp yg handle benda nie tak masuk lagi,so kena tunggu....n macam pukimak...sampai kul 3 lebey aku tunggu takde ghak...dier ingt aku sampah?perkara yg nak settle tuh tak perlu la aku nak kasi tau...cuma aku nak share...macam nie cara bekerja ker..?
every month akan dapat duit gaji,even dier dtg or tak dtg kerja...n duit gaji disuap dalam mulut anak2?korang rasa kerja yg tak amanah nie halal ker?tak amanah ngan kerja sebb tak tepati masa...klu lambat...sepatutnya bgtau,dier leh call pakcik dlm ofis tuh..bgtau lambat...n bgtau kul berapa dier available...ini tak...tapi suh settle b4 3...n kul 3 dier takde...menyiarap tul aku ngan staff2 yg bodoh...cakap pandai..."saya berkuasa disini,so ikut cara saya"...baik encik amir sayang...saya akan ikut cara awak kerja...

benda yg aku tak puas hati rini...connection maxis kat kangar teruk...aku tak boleh nak call in n out...bodoh nyer...nasib sampai wang ulu ok..huh..

klu tgh marah,nak cerita pun emosi...ingt nak cerita kisah sedey 4 sahabat...maybe esok la..

c ya..aku nak buka portal...nak mencarut2 kat portal tuh

Saturday, November 22, 2008

tajuk 1

salam...

sbbkan aku dah lama tak wat blog,jadi aku lupa sampai title mana...
so aku buat la balik...ngan nafas baru..."Tajuk"

7.20 pagi-ahad (23/11/08)...
aku masih di wang ulu,walaupau sebahagian besar pelajar2 ipta tgh bercuti,bukan aku merajuk ngan family taknak balik umah...tapi aku ader kerja,fyp...exam dah habes!!!lega,nak tahu aku aku senyum betul or palsu selama exam nie,tunggu la result...sbb ader org kata,aku psiko ngan senyum2...mungkin luar senyum,tapi hati nangis siapa nampak?siapa dengar?

ha,terlanjur ngan criter pasal exam nie...nak share la,kereneh time2 exam...anak kerak,dalam bahasa lain toyol...kenapa perlu toyol nak jawab exam...klu tak tahu,tak payah la jawab...

tersebut la kisah...ketika aku ditahun 1,paper ICT...klu laki aku tak kisah sgt,tapi ini perempuan melayu bertudung...klu tak silap kos pembuatan,boleh plak dia selit bapak toyol(biasa toyol halus,ini dah beso surat kabo) celah2 kertas soalan,mungkin sbb tak mandi pagi tuh,so malang menimpa si gadis,apabila secara spontan pengawas melakukan spotcheck...maka kantoi,tempat duk dier selang satu row ngan aku..so aku nampak la bapak2 toyol jatuh ke lantai apabila pengawas mengipas2kan kertas soalan si gadis...dengan itu,kad matriks dan kertas jawapan n soalan si gadis diambil....sedangkan masa peperiksaan tinggal lebih dari satu jam lagi...tapi aku pelik...dier tabah...

n masa aku tahun 3...ader sorang budak pomp nie...kantoi ghak...parah ghak dier...sebelum nie dier dean list...so bila org dah tahu dier kantoi toyol...orang start panggil dekan toyol...n sekarang dier dah ilang tanpa kabar berita,dgr cerita ader konflik cinta dan keluarga...haha...mcm hisdustan..tapi cara dier hebat...aku respect...masa 1st paper,dier minta buku jawapan banyak2,n lepas tuh,dier seludup keluar...so bila kat rumah,dier tulis semua mentera2, n then bila next paper...dier buat tengin(bodoh/selamber) bawak buku jawapan masuk..tindakan yg dikenakan,aku tak berapa pasti...

klu trend budak laki...toyol2 akan disimpan didalam jamban,tapi ader ghak kawan aku yg ditangkap...n sekarang pak guard kerja lebih...ngan jaga jamban2...klu mak guard aku tak sure la ader ke tak....

n untuk pengetahuan kawan2 aku dari unimap...pelajar unimap pertama yg kantoi toyol n dihadap ke lembaga pengarah adalah...abg K,tapi abg K kata kat aku...takde apa2 pun...buat gertak jer...

n exam yg lepas,kawalan toyol makin ketat dilakukan...n satu rahsia toyol yg aku rasa agak berjaya...dilakukan oleh kawan aku yg penah hilang hanset...iaitu dengan menulis segala mentara di bahagian peha...tulis ngan pen...nanti nak padam ngan liquid ker?hahaha...

bagi aku...biar kantoi toyol...dari kantoi buat video lucah...alla byk mana sgt toyol nak membantu?nak tgk toyol pun dah takut2...lagipun mereka yg terdesak jer akan buat toyol..klu macam aku,standard tulis kat blakang calculator jer...tapi tak pernah plak dtg kan hasil,sbb kechik sgt...so aku suggest bawak calculator besar2 skit...

aku rasa patut ader sesetengah bidang yg perlu diberi kelonggoran...kira buat macam cara open book,tapi masa disingkatkan...so pada yg tak study,maybe tak sempat siap...sbb terkial2 nak cari jawapan...bagi yg study..sempat siap,sbb dierorng tahu kat mana jawapan tuh...lagipun takat engineer nie,nak ghak refer2 buku bila kerja...lain la klu doktor,takkan ngah rawat pesakit nak buka2 buku...

hmmm...dah ngantuk,tido dulu...sambunk nanti

soalan yg aku muskyil...
Ibu negara brazil apa?

Monday, October 20, 2008

Title 17



hahaha...dah 4 perlawanan berturut2 kalah...
maybe blum ader rezeki nak mng kot?

sedar tak sedar dah nak habis 7 sem dah...leh kata semua kelas dah habis,just tunggu exam,pastu sibuk ngan fyp plak...so takde cuti,masuk sem baru...dah last sem...lepas tuh kerja,n segalanya akan berubah,dari pelajar tadika ke murid sekolah rendah ke pelajar sekolah menengah ke penuntut kolej matrikulasi ke mahasiswa universiti dan seorang yang berkerjaya...
dah la tak tahu nak apa kerja kita lagi...

aku teringat teka teki masa kanak2...
1. binatang apa yang malas?
2. kenapa baju superman ketat?